| Posted: 04 June 2010 at 12:10am | IP Logged
|
|
|
OLEH: Mohd Sabri Said.
Para peniaga tidak lagi rungsing dengan masalah lalat yang berterbangan, menghingapi makanan serta setiap sudut meja makan terutamanya di kawasan terdapatnya ternakan ayam kerana Syarikat Suriamas Raya Enterprise sedia membantu menyelesaikan masalah tersebut yang mungkin bertahun lamanya. Syarikat baru itu mengambil inisiatif menjadi pembekal utama ekoran masalah lalat terus membimbangi para peniaga begitu juga surirumah yang mahukan setiap inci kediaman mereka bersih daripada haiwan yang membawa berbagai penyakit.
Pengarah Pemasaran syarikat berkenaan, Abdullah Medah berkata, produk berjenama 'BioHerbs' itu merupakan keluaran bumi putera berasaskan serai telah lama berada di pasaran dengan pekatan menghalau lalat tetapi sekarang ianya dijual dengan menggunakan semburan yang lebih mudah tidak lagi perlu membancuh pekatan ke dalam bekas lain. Baginya, usaha memperkenalkan barangan itu lebih memuncak sekarang apabila sedia mencari pengedar di seluruh daerah dan negeri dengan hanya melabur wang RM550.00 untuk memperolehi 48 botol di mana pengedar akan mendapat risalah, tempahan kawasan, iklan percuma serta pembelian ulangan yang lebih murah iaitu RM530.00 dengan bilangan 48 semburan 'BioHerbs' manakala bagi harga Sabah dan Sarawak RM630.00. "Syarikat kami membuat perubahan sikit untuk memudahkan penggunaanya dengan menyediakan semburan terus tidak lagi melalui pekatan. Ia lebih menjimatkan masa dan selamat digunakan kerana ia tidak beracun malahan mesra alam, membasmi kuman dan bertindak sebagai anti bakteria serta memberi aroma yang segar dan wangi, " ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya di alamat 37A, Tingkat 1, Jalan Todak 4, Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya, 13700 Perai. Menurut beliau lagi, produk ciptaan syarikat Kulim Pro Tech Sdn Bhd itu dipercayai boleh menjana pendapatan lumayan kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar daerah asalkan mereka berusaha memperkenalkan produk tersebut kepada sasaran secara meluas.

Jika boleh sambungnya, setiap daerah hanya seorang pengedar diwujudkan bagi mengelak daripada pertembungan namun begitu beliau yakin perkara tersebut pasti tidak berlaku ekoran percambahan gerai makanan sekarang ini bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan'. "Cepat rebutlah peluang ini kerana ia akan berada di pasaran dalam masa terdekat", jelasnya bersemangat. Tegas Abdullah, hanya dengan satu semburan lalat akan berkurangan dan jika diulangi dalam masa lima jam sehari lalat terus meninggalkan kerana tidak tahan dengan kandungan yang dicampurkan bersama serai. Jangan bimbang jelasnya, semburan jika terkena makanan atau minuman tidak mendatangkan kesan pada kesihatan ia cuma bertindak balas kepada serangga itu sahaja. Seandainya gerai makanan dipenuhi lalat nescaya peniaga tentunya pening kepala kerana semakin hari semakin berkurangan pelanggan dan besar kemungkinan kehilangan punca pendapatan. Jadi, untuk mengelak daripada berlaku perkara itu para peniaga harus berani mencubanya dan jangan bimbang tentang keberkesananya kerana 'BioHerbs' ternyata berjaya menghalau lalat walaupun di kawasan berhampiran ternakan ayam. Ujar Abdullah lagi, para pengguna boleh menyembur dengan ketinggian satu kaki tanpa mengelap kerana ia akan kering sendiri samping meninggalkan aroma serai yang wangi. "Bila sembur jangan mengelap pun tidak mengapa kerana ia cepat kering dan meninggalkan aroma serai yang segar dan wangi. Tentu suasana gerai lebih ceria dan pelanggan terasa keseronokan bertandang ke gerai dan membungkus bekalan pulang ke rumah", terang beliau.

Bagi suri rumah yang mahukan kediaman mereka terhindar daripada ancaman lalat boleh juga memperolehinya daripada pengedar berdekatan yang dilantik oleh syarikat ini. Pada masa yang sama juga pihak syarikat telah berbincang dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kedah FM yang bertindak memberi liputan kepada empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain akhbar untuk tujuan pengiklanan.
Syarikat juga merancang pengiklanan ke Pantai Timur Semenanjung terutamanya Kelantan, Trengganu dan Pahang. Nama pengedar daerah akan disenaraikan bersama dalam akhbar terbabit untuk memudahkan urusan penjualan nanti kerana pihak syarikat menyasarkan penjualan sehingga 200 peratus dalam masa enam bulan pertama. "Pengedar daerah tidak perlu risau kerana pihak syarikat akan memastikan penjualan mereka terus meningkat dari masa ke semasa asalkan mereka berusaha secara tekun kerana nama pengedar akan terpampang di dada akhbar dan siaran radio Kedah FM, " tegasnya. Kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar daerah bolehlah menghubungi syarikat itu di talian pejabat 04-3999186 atau talian terus kepada Abdullah Medah 0124822523 atau Mohamad Mohamed Nordin 0134980188.
|