Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Berita
 Forum : Berita
Subject Topic: Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011 Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 24 June 2009 at 8:46pm | IP Logged Quote admin

PULAU PINANG, 23 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.

"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. - azm _


Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a