admin Admin Group


Joined: 25 January 2003 Posts: 428
Online Status:
|
| Posted: 21 May 2009 at 12:40pm | IP Logged
|
|
|
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Standard & Poor's percaya
tinjauan masa depan bagi kewangan Islam kekal kukuh meskipun berlaku
penurunan ketara dalam penerbitan sukuk global kepada AS$14.9 bilion
(AS$1=RM3.55) tahun lepas berbanding AS$34 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam laporan Tinjauan Masa Depan Kewangan Islam 2009nya,
Penganalisis Kredit Perkhidmatan Penarafan Standard & Poor's,
Mohamed Damak berkata pasaran sukuk mengalami kejatuhan mendadak tahun
lepas namun tinjauan masa depan bagi sukuk yang disokong aset, kekal
positif, meskipun timbul keraguan disebabkan oleh kemusnahan pasaran
kewangan global dan kewangan berstruktur.
"Apabila ekonomi mula pulih daripada kemelesetan, kami
menjangkakan kewangan Islam memulakan kembali pertumbuhannya yang
cergas," kata Damak.
"Arah aliran jangka panjang bagi penerbitan sukuk adalah sihat,
dan pasaran itu berjaya meraih minat berasaskan peningkatan bilangan
penerbit dari kedua-dua negara Islam dan bukan Islam," kata Damak.
Damak berkata institusi kewangan Islam agak terlindung daripada
kemerosotan kewangan global kerana Undang-Undang Syariah menghalang
mereka daripada mengendalikan instrumen berasaskan kadar faedah.
"Kesan kemerosotan satu demi satu ekonomi semasa, bagaimanapun,
telah menekan institusi kewangan Islam dan mewujudkan halangan baru
bagi pembangunan mereka," kata Damak.
-- BERNAMA
|