| Posted: 21 May 2009 at 12:32pm | IP Logged
|
|
|
Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS
Negeri Pulau Pinang,
Tarikh: 11-05-09
Kepada,
Setiausaha
PAS Negeri Pulau Pinang.
PER:Program Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Negeri
Berhubung dengan perkara diatas sukacita dimaklumkan, setelah pelancaran
web Lajnah ini, aktiviti yang berjalan kita dapat mengumpulkan banyak
Usahawan.
Hasil dari itu pihak Lajnah telah bekerjasama dengan syarikat penganjur
EXPO bagi mempromosikan Usahawan Usahawan ini.
Untuk makluman Tuan antara lokasi yang dijalankan adalah seperti
berikut, Ruang Legar hadapan Kompleks Bukit Jambul Mall, ruang parking Pasaraya
Gaint, ruang parking Masjid Daerah Balik Pulau, parking Bandar Perda, ruang
parking Pusat Penjaja Tasik Gelugor. Antara kegiatan tambahan ialah, ceramah dan
motivasi, kesenian Islam, sumbangan kepada anak yatim, sumbangan sagu hati
berupa motosikal dan hamper kepada pengunjung.
Aktiviti terdekat ini ialah di parking Masjid Daerah Balik Pulau 26-5-09 jam 9
malam akan diadakan majlis sumbangan motosikal, hamper, serta sumbangan kepada
20 anak yatim
Semoga dengan makluman ini dapat membantu Tuan dalam kerja kerja Jamaah
serta dapat membantu mereka Usahawan berhubungan dengan Agensi kerajaan.
Sekian
Yang benar
Hj Zolkifly Bin Md Lazim
Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
PAS Negeri Pulau Pinang.
|