admin Admin Group


Joined: 25 January 2003 Posts: 428
Online Status:
|
| Posted: 27 April 2009 at 12:09am | IP Logged
|
|
|
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Industri bioteknologi tidak berdepan dengan sebarang pemberhentian kerja pada masa ini walaupun dalam kelembapan ekonomi dunia, demikian menurut Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp).
Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata terdapat pertumbuhan yang kukuh dalam industri dan kemahiran pakar dalam industri bioteknologi, sains hayat dan penjagaan kesihatan masih mendapat permintaan dengan prospek pekerjaan yang lebih baik meskipun dengan keadaan ekonomi semasa.
"Tiada laporan syarikat bioteknologi dan sains hayat membuang pekerja atau menutup operasi pada masa ini," kata beliau pada majlis perasmian BioCareer 2009 di sini hari ini.
Iskandar berkata di laman pencarian pekerjaan dalam talian Jobstreet.com, pangkalan data mempunyai 41,000 orang yang disenaraikan di bawah bioteknologi dan industri sains hayat yang telah diambil bekerja.
Beliau berkata adalah dianggarkan 14,000 graduan dari bioteknologi dan sains hayat akan memasuki pasaran pekerjaan tahun ini.
BiotechCorp merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Pada masa ini, terdapat 101 syarikat dengan status BioNexus di Malaysia dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM1.3 bilion.
Mengenai BioCareer 2008, Iskandar berkata acara kerjaya dua hari itu akan menumpukan kepada industri sains hayat dan bioteknologi di Malaysia.
"Objekif utama acara ini ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang prospek dan peluang yang wujud dalam bioteknologi. Kami menjangka kira-kira 4,000 pelabur," kata beliau dan menambah bahawa 3,000 pekerjaan ditawarkan semasa acara itu.
Mengenai Dana Pengkomersialan Penyelidikan Bioteknologi, Iskandar berkata kira-kira 20 syarikat secara kolektif menerima RM51 juta daripada dana itu setakat ini.
Beliau berkata BiotechCorp kini menilai permohonan daripada 30 syarikat.
-- BERNAMA
|