| Posted: 22 April 2009 at 12:42pm | IP Logged
|
|
|
KUALA LUMPUR 21 April - Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang
utama hari ini apabila unit tempatan itu berada di bawahtekanan sejajar
dengan jualan susulan di pasaran saham, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, ringgit rendah berbanding dolar AS kepada 3.6400/6450 daripada 3.6300/6350 semalam.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 1.77 mata untuk ditutup kepada 966.60, berikutan ketiadaan petunjuk baharu.
"Paras penutup hari ini hampir sama dengan semalam. Peserta pasaran
masih menunggu perkembangan baharu dalam ekonomi AS," kata seorang
peniaga.
Peniaga berkata dolar lebih tinggi berbanding mata wang utama lain
ekoran spekulasi yang kian memuncak mengatakan Bank Pusat Eropah (ECB)
akan mengurangkan kadar faedah bulan depan bagi memerangi kemelesetan.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura pada 2.4157/4208
berbanding 2.4043/4098 semalam dan rendah berbanding yen pada
3.7022/7092 daripada 3.6752/6821 sebelumnya.
Ringgit juga jatuh berbanding pound British kepada 5.3155/3246
daripada 5.2882/2962 semalam dan berbanding euro pada 4.7265/7334
daripada 4.7048/7124 sebelumnya.
- Bernama
|