admin Admin Group


Joined: 25 January 2003 Posts: 428
Online Status:
|
| Posted: 22 April 2009 at 12:35pm | IP Logged
|
|
|
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Packet One Networks (Malaysia) Sdn
Bhd (P1) dipilih sebagai pemenang Anugerah Red Herring 100, pemilihan
bebas bagi 100 syarikat teknologi swasta paling inovatif yang
berpangkalan di Asia.
Red Herring merupakan syarikat media global yang menggabungkan
pembangun teknologi terbaik dunia, pelabur teroka dan pembuat keputusan
perniagaan dalam pelbagai forum.
"Anugerah berkenaan merupakan pengiktirafan usaha kami dalam
mewujudkan P1 sebagai pencabar, pembangun teknologi dan peneraju
industri dalam jangka pendek," kata ketua pegawai eksekutif P1 Michael
Lai dalam satu kenyataan Selasa.
"P1 akan meneruskan usaha menawarkan jalur lebar kepada semua
menerusi inovasi berterusan dan dalam masa yang sama meningkatkan
industri jalur lebar di Malaysia dan melangkauinya," katanya.
-- BERNAMA
|