Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Berita
 Forum : Berita
Subject Topic: Harga Hartanah Mungkin Turun Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 29 March 2009 at 9:18am | IP Logged Quote admin

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Harga hartanah kemungkinan besar akan turun pada tahun ini, yang mencerminkan pasaran hartanah yang lembap dan terlebih bekalan kerana krisis ekonomi dan kewangan global telah mengurangkan permintaan mendapatkan hartanah, kata Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Datuk Richard Fong.

"Jual beli hartanah telah menurun. Sejauh mana harga akan turun bergantung kepada adanya pembiayaan pada masa kemelesetan ekonomi sekarang ini semasa para pembeli rumah berhadapan dengan kesukaran kewangan kerana kehilangan pekerjaan dan ketidaktentuan di dalam pasaran pekerjaan," kata Fong pada sidang kemuncak Sekretariat Serantau Asia Pasifik FIABCI 2009 ke-lapan di sini hari ini.

Untuk menyokong pasaran hartanah, Fong berkata bank perlu mengamalkan keanjalan semasa menstruktur semula tempoh pinjaman perumahan untuk menampung keperluan kewangan pembeli rumah yang bergelut dengan komitmen pinjaman masing-masing disebabkan kehilangan atau pengurangan pendapatan disebabkan krisis ekonomi dan kewangan global.

"Sambil ekonomi Malaysia sedang menuju kemelesetan, sektor perbankan kekal kukuh secara relatif berbanding dengan krisis kewangan Asia 1997/98," kata Fong.

Katanya sektor kewangan dan hartanah sepatutnya lebih cerah apabila ekonomi global pulih dan kesan dasar rangsangan dan perbelanjaan kerajaan menunjukkan kesan yang lebih kukuh dalam separuh kedua tahun ini.

Fong berkata pasaran hartanah di Malaysia berbanding dengan Singapura dan rantau lain di Asia juga stabil kerana kebanyakan transaksi hartanah di Malaysia dijana oleh rakyat tempatan.

"Di Malaysia, orang asing hanya menjana sebahagian kecil pembelian hartanah. Di Singapura pasaran mengalami penurunan mendadak harga hartanah apabil orang asing keluar dari pasaran dan menjual hartanah masing-masing apabila kemelesetan melanda negara itu," kata Fong.

Setiausaha Agung Asia Pasifik FIABCI Kumar Tharmalingam berkata walau pun Malaysia menawarkan pulangan pelaburan hartanah yang paling menarik di kalangan negara Asia Tenggara, tidak banyak publisiti atau promosi dilakukan mengenainya dan berikutan itu tidak mendapat pengiktirafan pelabur asing.

"Kita tidak mengenakan banyak sekatan berbanding dengan negara lain seperti orang asing boleh membeli harta bertanah pegangan bebas manakala ini tidak dapat dilakukan di banyak negara Asean," kata Kumar di sidang itu.

-- BERNAMA
Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a