| Posted: 29 March 2009 at 9:12am | IP Logged
|
|
|
1.
Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat
Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan
Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4.
Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati
bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih
sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak
menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil
kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar
bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai
perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih
dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh
Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam
perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri.
Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat
akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan
merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan
negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah
diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan
bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah
Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu
yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan
tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang
mendukung amalan rasuah.
Sumber
|