Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Latar Belakang Syarikat
 Forum : Latar Belakang Syarikat
Subject Topic: Iszu Computer Sdn Bhd Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 14 February 2009 at 10:48am | IP Logged Quote admin

Mengutip pengalaman dalam bidang perindustrian sekitar Pulau Pinang banyak mengajar erti kepayahan sekaligus menggunakan pengalaman yang ada membina perniagaan sendiri demi masa depan keluarga.
 
Berbekalkan dengan kelulusan STPM pada tahun 1986 dan pengalaman dalam bidang perindustrian yang bermula pada tahun 1987 dengan pendapatan RM200 sebulan di sebuah kilang berasaskan produk getah sebagai pembantu makmal , walaupun tiada hubung kait dengan perniagaan komputer yang diceburi sekarang namun apa yang paling penting ialah pengorbanan, cekal, tidak patah semangat, berdaya saing dan sabar menjadi faktor utama kejayaan yang dikecapi sepertimana hari ini. 
 
Pengarah Urusan Syarikat Iszu Computer Sdn Bhd, Iszuree Ibrahim 42 yang dilahirkan di Bukit Dumbar,Gelugur  Pulau Pinang membesar dalam keluarga berpendapatan rendah, di mana ayahnya  bekerja dengan pendapatan RM600.00 sebulan dapat membesarkan enam orang anak menyedarkan beliau tentang siapa yang hendak didulukan dalam bidang pendidikan.

Melihat senario keluarga membuatkan dirinya menundakan pengajian semata-mata memberi ruang kepada abangnya melanjutkan pelajaran ke ITM  Arau,  Perlis.
 
Maka, Iszuree membulat tekad teruskan bekerja di bidang industri sehinggalah di Robert Bosch peluang terbuka luas apabila pihak pengurusan membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan di Malaysian Institute of Management melalui PSDC untuk meningkatkan produktiviti kerja.
 
Setelah berpindah ke kilang lain seperti Thomson TPC pada 1992-1994 dan juga berikutan pendapatan yang lebih baik, beliau ditempatkan di Jabatan Kejuteraaan kualiti sebagai Penyelia Kanan di Seagate Perai pada tahun1994-2001.Semasa di Seagate beliau mengambil kesempatan melanjutkan pelajaran lagi dalam bidang kejuteraan komputer di salah sebuah IPTS hasil sokongan Seagate sehinggalah akhirnya kilang ditutup dan berpindah ke China ekoran kelembapan ekonomi global.
 
Pada penghujung tahun 2001 hasil pampasan RM50 ribu bermulalah perniagaan sendiri bersama rakan kongsi atas nama Iszu Infotech Centre iaitu lebih kepada cyber cafe dan servis komputer tetapi tidak lama kemudian apabila rakan kongsi kurang berdaya maju beliau mengambil keputusan menarik diri.Ini berlaku sekitar tahun 2004 dimana beliau mengalami kerugian besar yang menyebabkan hampir menutup operasi disebabkan kegagalan pengurusan setelah rakan kongsi menarik diri dan sikap staf yang tidak amanah yang memaksa beliau memberhentikan mereka."Inilah dugaan Allah ketika itu" menurut beliau yang ketika itu telah kehabisan modal dan berputus asa untuk meneruskan operasi namun beliau  tidak mudah megalah.

 
Iszu Computer Sdn Bhd didaftarkan pada November 2006 atas semangat dan sokongn yang ditunjukan oleh orang melayu se-islam  terhadap perniagaan berasaskan komputer ini membuatkan dirinya terus cekal , tambahan lagi mendapat sokongan daripada kolej dan IPTA setempat serta sekolah-sekolah serta jabatan kerajaan di sekitar Pulau Pinang .
 
Seperti biasa peringkat mulanya beliau sendiri bertindak sebagai juruteknik dan pengurus  sekaligus mencari pelanggang baru tetapi lama kelamaan mengambil seorang orang pembantu dan seorang juruteknik sekitar tahun 2005 di samping  menempatkan pelatih industri dari Kolej Komuniti Bayan Baru ,Politeknik dan IKM .Kini, kesemua pekerjanya seramai enam orang berperanan dengan tugasan masing masing dibahagian Jualan , Pengurusan dan Teknikal untuk memastikan syarikat terus berkembang maju selari dengan kepesatan penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) di kalangan masyarakat.
 
"Alhamdullilah sekarang ini penjualan cukup memberangsangkan dan ini pastinya mengkehendaki skil atau cara bekerja yang lebih efesyen, " ujarnya.Buat masa ini beliau belum berminat membuka cawangan baru memandangkan hendak menumpukan kepada pengendalian syarikat agar lebih stabil.  Beliau mengambil sikap berhati-hati dalam membuka ruang pasaran kerana bimbang tiada tumpuan penuh yang boleh mengundang padah sekiranya salah percaturan.

Kedai yang terletak di 8g-g Jalan Rumbia, Off Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul Shop House, Bayan Lepas merupakan satu-satunya hak milik bumiputra yang ada ruang pameran selain servis dan jualan.
 
Kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat mendapatkan komputer peribadi mahupun riba dengan berbagai jenama dan saiz serta servis komputer boleh menghubungi Iszu Computer Sdn Bhd di talian 016-4490979 / 016-4190037, telefon / faks pejabat 04-6444668 atau terus layari website  :  www.iszu.info atau email :iszucomputer@gmail.com


Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a