Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Latar Belakang Syarikat
 Forum : Latar Belakang Syarikat
Subject Topic: Riraina Industries Sdn Bhd Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 14 January 2009 at 3:46pm | IP Logged Quote admin

OLEH: Tuba

Walaupun pernah jatuh dalam perniagaan menguruskan kilang biskut berjenama Frutania, Riraina dan Uzma sebelum ini namun untuk patah semangat dalam bidang perniagaan lain tidak sekali. Tambahan lagi mendapat dorongan kuat dari orang paling dekat serta keinginanya berjaya di sektor perniagaan berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Itulah pegangan kuat, Pengarah Urusan Riraina Industries Sdn Bhd, Puan Zainab Ahmad yang terlalu inginkan kejayaan menerusi perniagaan barunya membuat minuman berasaskan koko yang beroperasi di lokasi yang sama di Komplek Kilang SME Bank, Lot 5, Kawasan Perniagaan Saga, Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani. Kesedaran kelemahan lampau ekoran kekurangan ilmu perniagaan terutamanya promosi sesuatu keluaran menjadi faktor kejatuhannya selama ini.

Tetapi, di Riraina dengan jenama LIQO ia lebih berwaspada dan berhati-hati terutamanya membabitkan hutang piutang yang jelas menjadi sarang anai-anai dalam perniagaan. Hutang puluhan ribu ringgit daripada pelanggan ketika perniagaan biskut banyak mengajar beliau betapa pentingnya ilmu atau selok belok perniagaan sebelum berhasrat merealisasikan impian menjadi seorang usahawan. Sikap 'berani dalam kelam' yang pernah diamalkan kini dibuang jauh untuk memastikan perniagaanya berkembang bukanya menjerat diri sendiri sepertimana menerajui kilang biskut dulu.

Kini, beliau boleh berbangga dengan keluaran terbaru dan bertekad menguruskan dengan baik mengikut skil dan strategi yang difikirkan lebih berkesan terutamanya mencari ejen di daerah yang berpotensi. Kajian yang mengambil masa setahun untuk menghasilkan produk bermutu berasaskan minuman bercoklat akhirnya berbaloi ekoran sambutan yang semakin menggalakan setelah berjaya menembusi pasaran awam walaupun ia belum lagi sebaris dengan keluaran berjenama yang berada dipasaran terkini.

"Kajian untuk menghasilkan minuman bermutu dibuat sehingga makan masa setahun demi menjaga kuanliti, " jelas ibu kepada empat orang anak yang semuanya lelaki. Beliau yang mendapat sokongan suami, Shahril Sharudin juga seorang usahawan yang menjalankan perniagaan minuman bergas bertempat di Alor Setar berpendapat kali ini usahanya diyakini setelah mendapat tunjuk ajar daripada rakan taulan yang sama-sama mahukan kejayaan bersama.

Pengalaman mempelajari ilmu kajian makanan di Univesiti Institut Teknologi Mara (UiTM) sekurang-kurangnya membantu meningkatkan produk yang lebih baik pada masa depan. Seramai tujuh orang pekerja kini giat mempromosikan barang keluaran Islam di mana dua bahagian memprosesan dan pemasaran manakala lainya bahagian pengurusan. "Memandangkan ianya masih awal kami sedang berusaha merancakan pemasaran di mana sahaja termasuk di pasar malam, ekspo dan sebagainya.  Inilah langkah awal yang dulu kurang diambil kira, " katanya yang pernah menabur bakti di Maktab Mahmud khususnya dalam mata pelajaran Inggeris dan ekonomi.


Bermodalkan RM10 ribu perniagaan ini akan dipantau sebaik mungkin agar pengalaman pahit tidak menjelma lagi tambahan pula mendapat rakan seperjuangan yang mahu bersama memperjuangkan keluaran bumiputera Islam. Bagi meningkatkan pasaran, Riraina Industries Sdn Bhd merancang  beberapa pelan tindakan serta strateji untuk memperluaskan pengedaran ke pelusuk tanahair dengan mengajak sesiapa yang berminat untuk bersama menjayakanya. Jesteru itu, kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh menghubungi syarikat di talian 04-4338441, 04-4338442, faks 04-4338443 atau terus ke e-mail rirain@tm.net.my.



Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a