| Posted: 03 December 2008 at 9:36am | IP Logged
|
|
|
http://myiscrcmp.blogspot.com/2008/12/seminar-fiqh-perubatan ke-arah-hospital.html
Assalamualaikum W.B.T kpd semua ahli PAPISMA,
Kewajipan melakukan ibadah itu tidak akan putus selagi mana seseorang itu masih bergelar Muslim. Namun kewajipan ini kurang dititik beratkan oleh pesakit, keluarga pesakit malahan kakitangan hospital sendiri
Ramai pesakit memberi alasan sukar untuk mengambil wudhuk dan solat mengambil jalan mudah dengan meninggalkan solat. Senario ini wujud mungkin akibat dari salah faham terhadap konsep 'thabat wal murunah' dalam Islam berkaitan dengan ibadah wajib termasuklah ibadah solat, puasa dan haji. Kebanyakan pesakit menganggap keuzuran mereka membolehkan mereka untuk meninggalkan ibadah wajib sedangkan Islam ada menggariskan cara-cara beribadah ketika sakit.
Hal ini menunjukkan pentingnya untuk kita mewujudkan hospital mesra ibadah untuk memudahkan pesakit melaksanakan rukun-rukun Islam tersebut. Selain dari struktur dan kemudahan asas yang mesra ibadah, kakitangan hospital dan saudara mara terdekat juga perlu tahu tentang konsep-konsep asas ibadah pesakit serta rukhsah/kemudahan Islam kerana merekalah yang banyak berada bersama pesakit.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
HELMI 019 547 2420
HAFIZAH 0175441767 @ 0194510206
Atas kesedaran ini, kami di Royal College of Medicine, Perak akan menganjurkan Seminar Fiqh Perubatan Islam II yang bertemakan 'Ke Arah Hospital Mesra Ibadah'. Kami, mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran semua pelajar dan kakitangan dari seluruh IPT dalam dan luar Negara.
ATURCARA:
7.30-8.00 pg
Pendaftaran peserta
8.00-8.10 pg
Tayangan multimedia
8.10-8.20 pg
Ucapan dekan UniKL RCMP
8.20-8.40 pg
Ucapan perasmian oleh Menteri Besar dan penyampaian cenderahati kepada VIP
8.45-9.30 pg
Konsep Hospital Mesra Ibadah (Dr Suhaini- Pakar Bius Cardiothoraxic IJN)
9.30-9.45 pg
Minum pagi
9.45-10.30pg
Peranan Aspek Spiritual Dalam Proses Penyembuhan Penyakit
(En. Noorul Hilal Bin Jurij, RCMP)
10.30-11.00 pg
Dilema Puasa dan Rawatan Perubatan (Ust Marzuk- Pegawai Agama HUSM)
11.00-11.45 pg
Isu-isu Perubatan Terkini dan Fatwa Mengenainya (Dr Rashidi HUSM- Pensyarah & Pakar Perubatan Kecemasan )
11.45-12.45 tgh
Tatacara Ibadah Solat Ketika Sakit (Ust Marzuk)
12.45-1.00
Nasyid
1.00-2.00 ptg
Makan tengah hari dan solat Zohor
2.00-2.45 ptg
Praktikal Ibadah Pesakit (Ust Marzuk)
2.45-4.15 ptg
Perbincangan serta Q&A
3.45-4.00 ptg
Penutup
4.15-4.30
Zikir/Nasyid dan Penutup
4.30 ptg
Minum petang, Solat Asar & Bersurai
|