Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Latar Belakang Syarikat
 Forum : Latar Belakang Syarikat
Subject Topic: SMC Prospect Sdn Bhd Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 29 October 2008 at 9:54am | IP Logged Quote admin

"Mat Nor karpet' satu nama yang sudah sinonim dengan perwatakannya ketika remaja kerana selalu membantu ibubapanya menguruskan perniagaan keluarga yang waktu itu mengendalikan perniagaan mengambil upah menjual kuih muih ke kampung-kampung, mencuci pejabat dan mencuci karpet. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau pernah terlibat secara langsung menjual karpet ke kampung-kampung serta pinggan mangkuk dan peralatan suri rumah yang diambil daripada Pulau Langkawi sebagai usaha memperluaskan perniagaan yang diceburi. Menyedari peluang di bidang perniagaan begitu luas dan memberangsangkan ketika menguruskan perniagaan sendiri menyebabkan Mohammad Noor Che Man @ Harun yang kini bergelar Pengarah Urusan SMC Prospect Sdn Bhd bertekad berada dalam dunia tersebut sehingga ke hari ini.

Selepas tamat pengajian di Univesiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah jurusan  Ijazah Pertama Pengurusan Sumber Manusia (HRM) pada 1998 beliau terus bertekad untuk membuka empayar perniagaan sendiri kerana perniagaan kecil-kecilan tidak membawa ke mana melainkan yang bersifat komersial dan global.Untuk memantapkan perniagaan keluarga beliau dengan dua orang rakan kongsi terus membeli mesin pencuci dan menshampu karpet yang berharga RM10 ribu dan menyewa sebuah lori kecil.  Dari situlah usahanya kian berbaloi apabila berjaya memasuki banyak masjid dan surau di beberapa buah negeri Utara Semenanjung.

Akibat kemerosotan ekonomi pada tahun 1997-1999 menyebabkan semua rakan kongsinya berpecah dan mengambil haluan masing-masing tetapi kerana jiwanya pada bidang perniagaan sukar dipadam beliau bertekad meneruskannya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Jatuh bangun dalam perniagaan merupakan asam garam yang mesti ditempuhi seandainya mahu menjadi ahli korporat yang berjaya. 

"Walaupun pernah kecewa pada penghujung 1990 an namun untuk berundur dengan menceburi bidang lain tidak sama sekali malahan tetap berusaha mencari peluang lain yang boleh memberi keuntungan, " tegasnya.

Dari situlah beliau terfikir untuk berusaha mencari pelanggan dari pejabat ke pejabat dan rumah ke rumah khususnya untuk membersih bangunan dan rumah kediaman selain pernah melakukan perkhidmatan mencuci karpet dari rumah ke rumah dengan membuka perniagaan di Bandar Perda Utama, Bukit Mertajam.

Bila melihatkan sosio ekonomi negara masih ditahap membimbangkan, beliau membuka satu lagi perniagaan yang berhubung dengan perkhidmatan penyewaan pewangi udara (air freshener services) di Taman Arowana, Permatang Pauh.

Pada tahun 2002 adalah tahun berdikari kerana memberikan tumpuan penuh dalam bidang ini berbanding sebelum ini bekerja dengan Dewan Bersalin Muslimah (DBM) untuk menambah ilmu daripada Pengarah Urusannya, Saudara Zolkifly Mohd Lazim.

Kerja sambilan seperti mensyampu karpet, mencuci tandas, menyapu sampah atau cermin di merata pejabat sebenarnya merupakan pemangkin untuk dirinya berjaya suatu hari nanti dan kini ianya terbukti sebagai sebuah syarikat milik bersama isterinya, Suhaila Che Man dengan menubuhkan SMC Prospect Sdn Bhd (SMC) tanggal April 2003.

Ekoran nama Suhaila itulah munculnya, SMC yang membawa makna 'Suhaila, Mohammad Noor Che Man' yang kini berdiri megah di bangunan dua tingkat beralamat No 32 Lorong Perda Utama 7 Bandar Perda Bukit Mertajam.

 

"Saya tidak malu melaksanakan kerja mencuci tandas, sampah atau cermin kerana dari situlah azam saya terapkan untuk berjaya suatu hari.  Setelah 10 tahun bergelumang dengan dunia penuh pancaroba itu akhirnya Alhamdullilah ia menjadi kenyataan," ujarnya yang pernah bekerja di beberapa buah syarikat lain bagi memperdalamkan ilmu perniagaan terutamanya berkaitan penyelidikan pasaran, pemasaran dan jualan.

Setelah mendapati perniagaan semakin berkembang akhirnya pada tahun 2003 syarikatnya berpindah ke Bandar Perda Selatan sehingga tahun 2005.

Apabila perniagaan terus berkembang tambahan pula syarikat memerlukan kawasan lapang untuk memudahkan meletakkan kenderaan seperti van, lori dan perkakas pembersihan juga sebagai pusat mencuci karpet sekali lagi syarikat berpindah ke tempat yang lebih strategik sehingga kini.

"Memandangkan konsep kebersihan dan pencucian tidak terhenti di situ sahaja bila selesai melakukan sesuatu kerja. Bahkan pengguna inginkan konsep bersih lagi suci atau hygiene membuatkan saya terfikir bagaimana hendak buat secara berterusan bulan ke bulan secara kontrak. Kami menyediakan beberapa pasukan juru teknik yang mengunjungi premis pelanggan sebulan sekali untuk menggantikan pewangi udara di pejabat, kilang, bank dan sebagainya, " jelasnya.

Syarikat bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pewangi malahan perkhidmatan pencuci tangan atau hand soap and foam services dengan beberapa haruman.  Bermodalkan RM10 ribu ketika membeli alat pencuci karpet pada awal pembabitan perniagaan komersial tapi sekarang syarikat mempunyai modal pusingan RM100 ribu dengan pekerja seramai 50 orang melibatkan operator pencucian, pemandu, juruteknik dan penyelia.

SMC juga menjalankan perkhidmatan kawalan dan pencegahan makhluk perosak seperti mencegah anai-anai, semut, lipas, tikus manakala produk terbaru ialah menjadi pembekal alat menghalau burung gagak, layang-layang dan kelawar.

Ternyata diversification strategy atau strategi pempelbagaian produk perniagaan yang telah diamalkan semenjak 9 tahun lalu semakin berjaya, SMC mulai memfokuskan produk melalui 3 buah divisyen perniagaan iaitu Divisyen Servis, Hiasan Dalaman & Jahitan Langsir serta Trading(Fotokopi dan Alatan Pencucian). Sehubungan itu, beliau telah memindahkan kedai hiasan dalamannya yang menjual karpet masjid dan pejabat, langsir dan bidai ke Bandar Perda Barat bersebelahan Bank Simpanan Nasional manakala kedai fotokopi, menjilid buku (hard cover binding) dan alatan pencucian di Bandar Perda Utama. Kini SMC telah memiliki sebuah bangunan komersial bernilai RM500 ribu terletak di Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas.

 

Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a