Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang
Mengenai KamiForumMember ListHow To RegisterContact Us
Register   Login  
   Forum:
  Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Latar Belakang Syarikat
 Forum : Latar Belakang Syarikat
Subject Topic: Empire Prospect Sdn. Bhd. Post ReplyPost New Topic
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
admin
Admin Group
Admin Group
Avatar

Joined: 25 January 2003
Posts: 428

Online Status: Offline
Posted: 18 September 2008 at 4:35pm | IP Logged Quote admin

OLEH: Mohd Sabri Said

Tidak sanggup melihat bapa dihina orang kampung menjadi pendorong kuat untuk Pengarah Urusan Empire Prospect Sdn Bhd, Haji Abdullah Abu Hasan mencapai kejayaan sehingga hari ini.  Waktu itu, bapanya menjual kuih di keliling kampung sekitar Kampung Gajah, Butterworth acapkali kerugian apabila sebahagian daripada kuih yang dijual dicuri kanak-kanak nakal. Rata-rata orang kampung menuduh bapa yang membanting tulang membesarkan 15 orang anak itu melarikan wang hasil jualan untuk keperluan keluarga bukan membayar balik kepada orang yang menyuruhnya menjaja.

Hakikat itulah sebenarnya yang mendorong kejayaan yang kini memiliki empat syarikat bermula dengan membeli sebuah syarikat yang hampir bangkrap untuk melaksanakan kerja-kerja kontrak dengan Jabatan Telekom.

Menceritakan detik-detik semasa kecilnya, beliau anak yang ke empat menjadi tunggak utama keluarga membesarkan adik dan menjaga ibu yang mengalami tekanan jiwa.Dua abangnya keluar bekerja manakala seorang kakaknya diserahkan kepada keluarga lain ekoran kesempitan hidup keluarga. Beliau hanya sempat belajar sehingga darjah lima di Sekolah Bagan Tuan Kechil, itu pun tidak sampai ke penghujung tahun kerana terpaksa menghabiskan masa di rumah menguruskan hal keluarga memandangkan adik-adiknya masih kecil dan memerlukan
kasih sayang dan manjaan. Biarlah dirinya tidak berpelajaran demi adik-adik tersayang beliau sanggup bekerja apa sahaja bermula umur11 tahun lapan bulan kerja mengutip bawang di Pelabuhan Butterworth. Bawang itu digoreng untuk dijadikan bahan makanan mengantikan nasi maklumlah adik yang ramai menyukarkan membeli beras kerana ketiadaan wang.

Setelah tidak lagi ke sekolah Haji Abdullah terus mencari pekerjaan menjadi penjual nasi di kantin pelabuhan dengan gaji RM1.60 sehari. Pernah juga bekerja dikantin pelabuhan dengan gaji RM2.80 sehari dan kemudian dibawa ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan kenaikan gaji RM3.30.

Bila mencecah umur 13 tahun beliau bekerja pula sebagai kontrak (tarik kabel) di Bayan Lepas dan beberapa tempat lagi dengan gaji RM4.00 sehari. Beliau juga pernah bekerja selama enam bulan di Kilang Ais Rasa Sayang dan kilang membuat kerusi rotan sebelah kilang New Strait Times (NST) dari pukul 8.00 pagi sehingga jam 7.00 malam.

"Saya pernah berniaga kopi sebelah bank Bumiputra dekat Kampung Jawa tetapi gagal kerana tidak untung untuk belanja keluarga, " ujarnya dengan nada sedih.

Selepas itu beliau bekerja kembali dengan kontraktor India tarik tali kabel dengan pendapatan RM6.00 sehari di samping belajar membawa mesin pengorek. Melihatkan kerajinan mempelajarinya taukeh India membawa kerja di Kuala Ketil, Kedah dengan gaji RM90.00 sebulan. Tetapi memandangkan terlampau banyak tugasan membawa mesin pengorek dan berjauhan pula dengan keluarga membuatkannya mengambil keputusan berhenti kerja kerana gaji sebanyak itu tidak boleh membiayai keluarga.

Setelah kembali ke Butterworth beliau bekerja kembali dengan taukeh cina mengambil upah menarik kabel telekom dan belajar buat ‘sub’ kontraktor dengan syarikat Pembinaan Reeki berpejabat di Bagan Luar. Dari situlah bermulanya kerjaya kecil-kecilan membina paip telekom di Bukit Mertajam sekitar umur 25 tahun bermodalkan RM2,000 dengan pekerja seramai enam orang pada tahun 1981.

Pada tahun 1984 bilamana Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad meningkatkan emej Telekom maka saya di antara individu yang terlibat secara langsung sebagai sub kontraktor dari Syarikat Pembinaan Reeki menumpang tuah di Kuala Lumpur sehinggalah beberapa tahun sebelum ekonomi negara menjunam pada tahun 1987.

Ekonomi yang merudum memaksanya kembali ke Butterworth dan bekerja pula dengan syarikat berkaitan telekomukasi tetapi malang apabila syarikat tersebut tidak membayar hutang hasil kerja sebanyak RM1 juta. Setelah ditipu maka lahirlah minat untuk membuka syarikat sendiri.  Akhirnya beliau mengambil peluang membeli sebuah syarikat Empire Prospect Sdn Bhd iaitu syarikat yang sedang menuju kehancuran.  Pejabat berkenaan terletak di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh.

"Saya bina balik syarikat ini sehinggalah mendapat kontrak pertama dengan Time Telekom di Perlis, Pahang dan sebagainya. Malang sekali lagi masalah mencengkam takkala ekonomi negara jatuh sekitar tahun 1997.

Ekoran kebijaksaanya mengendalikan syarikat berkenaan pekerja seramai 160 tidak dibuang sebaliknya mencari kerja lain untuk membiayai seperti membina landasan keretapi di Butterworth. Sekalung tahniah katanya, kepada Syarikat Telekom Malaysia (TM) kerana banyak memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar sehinggalah ekonomi meningkat kembali sekitar 2001.

Selain mendapat projek TM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Celcom juga banyak membantu kejayaan sehingga hari ini. Hari ini beliau boleh berbangga dengan syarikat miliknya kerana selain Empire Prospect, beliau juga ada tiga lagi anak syarikat iaitu Silikon yang melaksanakan kerja-kerja Telekom, Alunan Tenaga (TNB) dan Pantas Teknologi yang berpejabat di Alor Star mengusahakan projek Telekom di Kedah.

Sekarang ini beliau menumpukan pendekatan terhadap barangan dari China untuk membantu kontraktor Melayu yang baru. Peralatan untuk kontraktor selalunya mahal maka langkah yang baik ialah mencari semua bahan itu di China asalkan mempunyai mutu yang tinggi. Hasilnya kini terdapat 30 syarikat kontraktor bumniputra yang berjaya meningkat naik hasil tunjuk ajar serta panduan yang diberikanya. Namun, apa yang penting sebagai kontraktor jangan sekali-kali mengamalkan tabiat rasuah kerana sikap itu adalah virus yang memusnahkan masa depan perniagaan
yang kita cintai.

 

Back to Top View admin's Profile Search for other posts by admin
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyPost New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by Web Wiz Forums version 7.92
Copyright ©2001-2004 Web Wiz Guide
* Webmaster |  ©2003-2005 Forum Ekonomi Pas Pulau Pinang |  Site Launched: April. 1, 2008
Powered By EzASPSite v2.0 RC3a