| Posted: 12 July 2008 at 10:28am | IP Logged
|
|
|
OLEH: Tuba
Bermula dengan sebuah van kilang yang beroperasi menggangkut pekerja wanita ke Mak Mandin pada sekitar tahun 1996 kini, Pengarah Urusan, Fastlane Venture dan Sanjungan Niaga Sdn Bhd, Johari Omar boleh berbangga dengan pretasi syarikatnya itu apabila berjaya menambah van ke 56 buah, bas 14 buah dan lori 2 buah.

Walaupun berasal dari keluarga miskin anak sulung daripada sembilan beradik itu begitu cekal mengusahakan van yang dipandunya sendiri berulang alik tanpa jemu setiap hari semata-mata mahu melihat suatu hari nanti kerahan tenaganya berbaloi.
Menyedari hakikat tanpa usaha masakan ada kejayaan beliau teruskan melaksanakan tugasan seharianya kerana baginya kerja di kilang sebagai penyelia tidak ke mana malahan dibelenggu dengan perbagai masalah tabiat manusia yang berada di bawah jagaanya.
Tambahan lagi, kesukaanya bercampur dengan golongan yang berpangkat dalam kilang Martel di Perai maka bermulalah kehidupanya yang sebenar hasil tunjuk ajar dan semangat untuk bekerja sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila tahun 1995 pengurusan kilang menawarkan perhentian secara sukarela dan dengan sedikit modal itulah beliau membeli van kilang untuk tujuan membawa pekerja ke kilang Hacks di Mak Mandin.
Kemajuan sebenar dikecapi pada tahun 1999 apabila semua penggangkutan dilakukan sendiri berbanding dulu di bawa kontrak orang lain.
Setelah perniagaan berkembang dengan memiliki berpuluh-puluh buah van maka timbul dikotak fikiranya untuk membuka ruang kepada perniagaan lain seperti membuat lesen untuk Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Bila mendapat lesen kelas E dan bermulakan satu lagi nama syarikat baru iaitu Sanjungan Niaga Sdn Bhd. Walaupun dalam bidang kontraktor itu boleh maju tetapi memandangkan ia memerlukan 'kabel politik' yang kuat membuatkan dirinya kurang memberikan perhatian.
"Saya lebih suka berniaga tanpa ada campur tangan politik barulah ianya dikatakn hasil titik peluh sendiri. Saya lebih tumpukan terhadap penggangkutan sebab ia adalah naluri yang wujud dalam diri sendiri tambahan lagi sesuai dengan tahap pendidikan saya yang tidak tinggi, " ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Kelasah, Seberang Jaya, Permatang Pauh.
Pada masa yang sama beliau menceburkan diri dalam bidang pertanian (sawah padi) yang diusahakan bersama anak Gabenor Pulau Pinang, Tun Dr. Haji Abdul Rahman Abbas. Mereka bermula mengerjakan sawah seluas 600 ekar secara berkelompok di Labu Besar, Kulim dan kemudianya melebarkan bidang tersebut ke Tumpat, Kelantan. Tetapi, di Kelantan usaha mereka tidak menjadi kerana masalah perparitan yang tidak efisyen dan masalah kurang pemantauan ekoran berkeadaan agak berjauhan.
Bila gagal melaksanakan usaha itu lantas membuatkan dirinya menumpukan sepenuh perhatian bidang pertanian hak milik keluarga seluas sembilan relong sawah di samping meneruskan perniagaan dalam bidang penggangkutan.
Pada 2002, lahir lagi satu idea untuk menjimatkan kos pembayaran insuran, beliau menjadi wakil kepada syarikat insuran kerana insuran bas sebuah sahaja dianggarkan RM4,000 dan komesyen RM400.00.
"Itu baru sebuah, jika 14 buah bas, 56 van dan dua buah lori berapa semuanya. Memang peluang ini boleh buat duit maka saya terus mendapatkan syarikat insuran untuk menjadi wakil tambahan lagi Jabatan Penggangkutan Jalan (JPJ) hanya bersebelahan jalan Lebuh raya Butterworth-Kulim sahaja (BKE), " tegasnya.
Menyentuh mengenai perancangan ke hadapan Johari menambah, bidang penggangkutan memang terbuka luas tetapi sejak akhir-akhir ini ia seolah terbuntu ekoran kenaikan harga minyak dan usaha kerajaan mencantumkan syarikat penggangkutan di bawah satu konsotium sepertimana yang mula dilaksanakan di Kuala Lumpur.
Saranan beliau kepada individu yang mula mahu menceburkan dalam bidang perniagaanya ialah semangat dan cuba hindarkan sama sekali 'hangat-hangat tahi ayam' dalam diri kerana ia akan memusnahkan impian di tengah jalan.
Pergualan dan perhubungan dengan orang ramai juga perlu di perlebar luaskan barulah kejayaan boleh diimbangkan.
Pertauatan persaudaraan dengan individu di kilang mencernakan kejayaan beliau kerana dari situlah nama boleh terukir bilamana mereka akan memperkenalkan dengan rakan mereka di kilang-kilang yang lain.
Satu lagi yang penting ialah mesti komited dengan kerja yang diusahakan. Jika tiada ketiga-tiga elemen ini pasti sesuatu perniagaan itu tidak ke mana bahkan hanya mendatar dalam graf perniagaan.
"Tabiat orang melayu sendiri bila gagal mereka terus tinggalkan dan ceburi bidang lain atau ada antaranya terus mendiamkan diri. Sikap seumpama itu harus dijauhkan kerana tidak akan meletakan diri kita sejajar dengan kejayaan bangsa lain sampai bila-bila," ujarnya bangga dengan pekerja hampir 80 orang.
 
|