| Posted: 04 July 2008 at 6:14pm | IP Logged
|
|
|
OLEH: Tuba
Rungutan orang ramai mengenai kesukaran mendapatkan bekalan bebola ikan (fish ball) dan fish cake di pasaran membuatkan Nor Azman Haji Daud 41 bertekad mencuba mengatasinya dengan membuka perniagaan yang jarang dilaksanakan oleh bumiputera.
Sebelum syarikatnya, Nadstar Enterprise beroperasi pada pertengahan tahun 2003 di Kampung Aman, Pokok Sena, Kepala Batas hanya terdapat sebuah syarikat milik bumiputera di Seberang Perai Tengah yang menjalankan perniagaan tersebut.
Bila cuti Hariraya Aidil Fitri lazimnya bekalan berkenaan terputus kadang-kadang sehingga 15 hari dan ini meresahkan peniaga Islam atau orang ramai yang mahu mencari barangan halal untuk dimakan. Yang ada berlonggok di pasaran adalah barangan fish ball dan fish cake dari syarikat bukan Islam yang sudah tentunya kebersihan tambahan lagi logo halalnya dipersoalkan.
Menceritakan pengalamanya, Pengurusan Nazman Enterpirse, Nor Azman Haji Daud sekali lagi menyifatkan penyertaanya dalam perniagaan ini untuk membuka ruang kepada masyarakat Islam memperolehi barangan yang dijamin 100 peratus kebersihanya.
Di syarikat ini sambungnya, setitik pun tidak dicampurkan bahan pengawet maka sebab itu barangan keluaran syarikat tidak tahan lama dan mesti disimpan ke dalam peti sejuk. "Di sinilah kekuatan syarikat, kami tidak langsung mencampurkan bahan pengawet serta telah disahkan halal oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp). Sebab itu produk kami tidak setahan produk orang lain tapi kena ingat bila mana-mana produk yang berprotin tinggi memang cepat rosak, " tegasnya yang pernah mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan di Glugor.
Setelah agak yakin boleh buat produk itu beliau membelanjakan RM15 ribu membeli mesin memproses tapi sebelum ianya benar-benar berjaya beliau terpaksa berhadapan dengan kerugian dalam masa tiga bulan pertama. Namun, pada 9 Januari 2004 melalui jualan pertamanya mengeluarkan fish cake beliau memperolehi hasil RM956.00 sekaligus menjadi pemangkin untuk meneruskan perniagaan berkenaan walaupun sebelum ini semangatnya hampir luntur.
Bermula dengan seorang pekerja sekarang ini syarikat memiliki tujuh pekerja termasuk pemandu yang ditugaskan membawa bahan pengeluaran ke Balik Pulau, Tikam Batu, Sungai Petani, Kuala Ketil, Parit Buntar dan Kuala Kangsar. Semuanya dihantar sendiri selepas mendapat persetujuan perniagaan melainkan ke Seremban, Negeri Sembilan dan Melaka di mana bas digunakan sebagai penggangkutan.

Pada penghujung tahun ini katanya, syarikat berminat membuka ruang pasaran di Kuala Lumpur bagi menyenangkan proses pengedaran di tengah dan selatan tanahair.
"Alhamdullilah sekarang ini pengeluaran kami menjangkau 25,000 sebulan yang merangkumi fish ball putih, fish ball goreng dan fish ball untuk pengusaha Yong Tau Foo, " ujar beliau yang berasal dari Perlis. Mengentuh mengenai pemasaran, syarikat memasuki setiap kali Ekspo Usahawan, MAHA di Serdang, Selangor dan menerusi website Nazman.biz.
Melihatkan permintaan yang semakin tinggi membuatkan syarikat membuat fish ball pula untuk dipasarkan. Syarikat mengambil masa sembilan bulan kemudian untuk melancarkan pengeluaran baru kerana pembuatanya lebih rumit berbanding pembuatan fish cake.
Setelah mendapat kemahiran secukupnya baru berbagai agensi kerajaan membantu dari segi bantuan modal, teknologi atau prasarana.
Antaranya ialah Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Sirim dan Mardi. "Saya tambah mesin baru yang dianggarkan RM80 ribu di tempat baru di dalam kawasan LPP Pokok Sena. Di sini kami diberikan bangunan dengan kadar sewaan RM400 sebulan.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar di sini, " jelas Norazman bangga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nazman.biz
|