Para peniaga tidak lagi rungsing dengan masalah lalat yang berterbangan, menghingapi makanan serta setiap sudut meja makan terutamanya di kawasan terdapatnya ternakan ayam kerana Syarikat Suriamas Raya Enterprise sedia membantu menyelesaikan masalah tersebut yang mungkin bertahun lamanya. Syarikat baru itu mengambil inisiatif menjadi pembekal utama ekoran masalah lalat terus membimbangi para peniaga begitu juga surirumah yang mahukan setiap inci kediaman mereka bersih daripada haiwan yang membawa berbagai penyakit.
Pengarah Pemasaran syarikat berkenaan, Abdullah Medah berkata, produk berjenama 'BioHerbs' itu merupakan keluaran bumi putera berasaskan serai telah lama berada di pasaran dengan pekatan menghalau lalat tetapi sekarang ianya dijual dengan menggunakan semburan yang lebih mudah tidak lagi perlu membancuh pekatan ke dalam bekas lain.
|